Pages

Saturday, May 29, 2010

Antara Bersyukur dan Mengeluh

Selalunya Kita Mengeluh

Setiap hari, bermacam-macam keluhan yang dilontarkan dari bibir. Acap Kali ia dikeluarkan. Tetapi yang hairannya kita mengeluh semasa ditimbuni kesenangan. Kita mengeluh kerana tidak dapat makan makanan yang lazat walhal perut memboyot kekenyangan. Kita mengeluh apabila kepanasan padahal angin semulajadi diberikan tanpa bayaran. Kita mengeluh apabila sedikit masalah timbul walhal banyak kesenangan yang telah diberikan dari tuhan. Kalaulah keluhan manusia ini boleh bertukar kepada wang ringgit, terbasmilah orang miskin di muka bumi ini!

Kisah Sayyidina Umar Al-Khattab dengan seorang pemuda

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”


Adakah kita tergolong daripada golongan yang sedikit?

Memang fitrah manusia tidak merasa cukup dengan apa yang diberikan. Mahunya lebih dan lebih. Kerana terobsesinya dengan yang lebih sampai kita lupa bersyukur. Lupa mengingati Allah sehingga kita kembali kepadanya apabila kita tidak dapat sesuatu secara “lebih”. Cuba kita tukarkan keluhan kepada kesyukuran. Adakah kita mampu? Ucap Alhamdullilah pabila mendapat makan walaupun makanan itu tidak lazat. Ucap Alhamdullilah pabila terasa sedikit panas kerana orang lain juga merasai panas malahan lagi teruk lagi. Ucap Alhamdullilah pabila masalah datang menimpa kerana orang lain pun ada masalah malahan lagi banyak lagi.


Apa tunggu lagi?

Adakah kita hanya baca sahaja? Pengajaran dan iktibar? Adakah mereka sampai ke lubuk hati dan otak?? Berusahalah kearah yang “sedikit”…. Wallahualam…

0 comments:

Post a Comment

Chat Box

SATU TAHUN BLOG!


Make your own Countdown Clocks

Halwa Telinga