Pages

Sunday, November 22, 2009

Ibadah Yang Baik Dimulai Dengan Niat Yang Baik


- Pembuka Bicara

Pada hari yang mulia ini, ana akan menceritakan satu topik yang asas dalam agama Islam. Tajuk artikel ana pada hari ini ialah Ibadah Yang Baik dimulai dengan Niat Yang Baik.. Sebenarnya pada hari ini ana ingin menekankan Frasa Niat Yang Baik...

Niat adalah suatu lafaz di dalam hati dan menjadi syarat sah sesuatu ibadah seperti solat, puasa dan mengerjakan haji. Ini bermaksud sesuatu ibadah tidak akan sah jika kita tidak niat sebelum melakukan sesuatu ibadah.

Jika menglafazkan dengan mulut, itu bukan namanya niat tetapi lafaz tapi kita melafazkannya di dalam hati maka baru namanya niat. Ini bermakna tempat niat adalah di hati bukan mulut, ‘fi qolbu wa la famu’. Dan waktu niat adalah sebelum melakukan ibadah bukan masa melakukan atau selepas melakukan ibadah.
Habis sudah muqaddimah kita fasal niat.

Sekarang, apa yang Di maksudkan dengan “Ibadah Yang Baik dimulai dengan Niat Yang Baik”? Niat terbahagi kepada dua yakni niat kerana Allah S.W.T. dan niat bukan kerana Allah S.W.T..

Jika setiap perbuatan dimulai dengan niat kerana Allah S.W.T., perbuatan kita akan menjadi ibadah. Sebagai contoh, kita sedang main bola... Sebelum bermain bola, kita niat kerana Allah S.W.T., maka perbuatan bermain bola tadi akan menjadi sesuatu ibadah yakni akan mendapat pahala dari Allah S.W.T. dan bukan satu perbuatan yang melaghakan...

TAPI jika sesuatu perbuatan dilakukan dimulai dengan niat bukan kerana Allah S.W.T., tetapi kerana ingin dapat pahala, ingin masuk syurga, ingin menunjuk-nunjuk & sbgnya, maka sia-sia lah perbuatannya dan akan menjadi satu perbuatan yang melaghakan...

Sebelum itu ingatlah....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah
s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Ana ingin menceritakan suatu kisah persis dengan tajuk kita pada hari ini...

Pada zaman dahulu, ada seorang khalifah (lupa namanya, kita anggap namanya Ahmad) yang tinggal di sebuah kampung dimana semua penduduk kampungnya tidak menyembah Allah tetapi mereka menyembah & memuja satu pokok yang besar yang tumbuh di dalam kampungnya. Hanya dia seorang insan yang dapat hidayah daripada Allah dan dia sahaja yang menyembahkan kepada-Nya.

Pada suatu hari, dia nekad untuk menebang pokok itu supaya orang-orang kampung tidak lagi menyembah pokok itu dengan niat kerana Allah S.W.T.. Selepas siap membawa peralatan-peralatan untuk menebang pokok itu, dia pun pergi ke pokok itu. Semasa dalam perjalan menuju ke pokok itu, ada seekor syaitan berubah menjadi manusia lalu berkata,

“Wahai Ahmad, janganlah kamu menebang pokok ini. Jika kamu turuti kata-kataku, maka perolehlah kamu wang emas setiap pagi yang akan aku hantarkan ke rumah kamu,” kata syaitan yang durjana itu.

Khalifah itu pun bersetuju dan tidak jadi hendak menebang pokok itu lalu pulang ke rumah. Pada keesokan paginya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati beberapa keping wang emas ada diatas mejanya. Dia berasa sungguh seronok dan tidak sabar untuk mendapat kepingan emas yang seterusnya pada keesokan harinya. Pada keesokan harinya, dia berasa terkejut apabila tiada 1 keping emas pun di atas mejanya. Dia sungguh marah, lalu membawa semua peralatan untuk menebang pokok untuk menebang pokok yang besar itu. Seperti kelmarin, dalam perjalanan syaitan menjelma menjadi manusia dan berkata,

“Jangan tebang pokok ni, wahai Ahmad,” kata syaitan kepada Khalifah itu.
“Ah, kau telah menipu aku. Jadi aku nak tebang pokok ni,” kata Khalifah itu dengan marahnya kepada syaitan

Syaitan menjawab,
“Adakah masih kau ingat, kelmarin, kamu ingin tebang pokok ini supaya penduduk kampung ini tidak menyembah pokok ini dengan niat kerana Allah S.W.T., tetapi hari ini kamu ingin menebang pokok ini bukan kerana Allah S.W.T. tetapi kau tidak mendapat kepingan emas daripadaku. Jadi perbuatan kamu menebang pokok ini sama sekali tidak diredhai Allah.”

Khalifah itu terdiam dan memikirkan bahawa kata-kata syaitan itu benar lalu pulanglah dia ke rumahnya.


So, konklusinya, tetapkanlah niat dalam hati kerana Allah S.W.T dan jangan ubah niat disebabkan benda yang remeh-temeh.

Ana ingin memberitahu bahawa kadangkala niat sahaja juga boleh mendapat pahala. Sebagai contoh, kita berniat ingin melakukan kebaikan kerana Allah S.W.T., tetapi dalam perjalanan ingin membuat kebaikan datangnya keuzuran seperti sakit & meninggal dunia, maka pahala akan diterima berdasarkan apa yang kita niatkan.

Tetapi ingat, niat kerana Allah Ta’ala tidak boleh di apply kan pada perbuatan-perbuatan yang buruk. Sebagai contoh ‘Sahaja aku mencuri duit ini kerana Allah Ta’ala’. Agak teruk bunyinya.

So, Kesimpulannya dari Artikel ini ialah,
*Setiap perbuatan perlulah dimulai dengan niat kerana Allah S.W.T
*Perbuatan yang dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. akan menjadi ibadah yakni akan peroleh pahala dari Allah S.W.T..
*Sesungguhnya perbuatan yang dilakukan kerana Allah S.W.T., perbuatannya akan diredhai Allah.

Last but not least, ana ingin menyeru supaya selepas anda membaca artikel ini, setiap perbuatan anda dimulai dengan niat kerana Allah Ta’ala. Sesungguhnya ada banyak hikmah jika kita berniat kerana Allah. Ingat ia sodiki wa sodikati, IBADAH YANG BAIK DIMULAI DENGAN NIAT YANG BAIK.

Sekian, Wassalam.


-Niat Mestilah Ikhlas

0 comments:

Post a Comment

Chat Box

SATU TAHUN BLOG!


Make your own Countdown Clocks

Halwa Telinga