Pages

Sunday, February 14, 2010

Adakah Rukun Dan Matlamat Usrah Telah Dilestarikan?

Tajuk disini amat serupa dengan tajuk artikel Sdr. Syafiq Aizat, tapi bukan niat ana nak copy dan paste di blog ana, tapi tajuk ini amat perlu ditekankan kepada para dai’e dan mad’u, murabbi dan mutarabbi sekalian. Sepertimana kita tahu, aktiviti usrah akan dimulai selepas tasbih kafarah dan surah al-asr dan diakhiri sebelum ummul kitab al-fatihah.

Tetapi ramai insan yang menyalah anggap atau menerima fakta yang salah bahawa usrah dimulai dengan al-fatihah dan diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah wal-asr.

Ok, sekarang kita flashback balik apakah rukun-rukun usrah.

1) Ta’aruf (Saling Mengenali)

Adakah rukun usrah yang pertama sudah dilestarikan? Kebanyakan para murabbi akan menilai sifat mad’u atau mutarabbinya hanya di majlis tarbiyah yang dimulai dengan al-fatihah dan diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-asr. Tapi bukan itu yang kita mahukan. Kita tak mahu usrah seperti pekerja dan bos. Bos ingin tahu bahawa pekerjanya dapat melakukan pekerjaan yang telah disuruh dengan baik di dalam kilang. Tapi sebenarnya, adakah bos mereka mengambil tahu kualiti kerja mereka selepas habis waktu bekerja? Tentu sekali tidak. Kita inginkan usrah seperti bapa dan anak. Bapa mengajar anaknya supaya berkelakuan baik. Selain itu, bapa akan prihatin apa yang dilakukan oleh anak di sekolah, bagaimana keputusan peperiksaan anak dan sebagainya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Sama juga dengan usrah, dengan cara prihatin terhadap mutarabbi, kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.

2) Tafahum (Saling Memahami)


Bagaimana dengan rukun usrah yang kedua? Selepas kita dapat mengenali rakan-rakan usrah atau mutarabbi kita, kita perlulah memahaminya. Sebagai contoh, Orang A tidak suka membaca komik. Selepas itu, Orang B memberikan 1 set volume komik yang berharga mencecah ratusan ringgit kepada Orang A sebagai hadiah ulang tahun, adakah Orang A akan menyukainya? Setidak-tidaknya orang A akan menjual atau membuang barang itu ataupun mungkin Orang A akan menyimpannya untuk beberapa tahun sebagai tanda penghargaan hadiah yang telah diberikan yang mencecah ratusan ringgit oleh Orang B. So, Orang B sepatutnya memahami Orang A selepas mengenalinya. Jikalau Orang A tidak suka baca komik, jangan bagi komik. Jadi rukun usrah yang kedua adalah amat penting demi untuk menjaga perasaan mutarabbi dan ahli usrah kita. Jika salah seorang ahli usrah kita tidak suka untuk berdakwah, kita tidak boleh paksa. Ibarat kita suka main bola, kita tak boleh paksa kawan kita untuk join team bola kita walaupun dia hebat bermain bola. Kita perlu memahami, kenapa dia berbuat sedemikian. So, dengan rukun Tafahum, kita juga dapat memantapkan lagi ukhuwwah sesama ahli-ahli usrah yang lain.

3) Takaful (Saling membantu)

Bagi rukun usrah yang terakhir pula, bagaimana? Adakah dengan usrah, kita hanya perlu mengenali dan memahami mutarabbi dan ahli-ahli usrah yang lain sahaja? Tidak! Dalam usrah, kita perlulah juga membantu ahli usrah yang lain. Dalam konteks membantu pula, terdapat banyak cabang. Kita boleh membantu dari segi wang, dari segi ilmu, dari segi pendapat dan lain-lain. Cuba bayangkan, adik kita kecundang dalam peperiksaan dengan mendapat result yang teruk, adakah kita akan membiarkan sahaja? Kita pasti akan menolong sehingga dapat mengubah resultnya dalam peperiksaan seterusnya. Setidak-tidaknya ayah pun akan bertindak untuk menghantar anaknya ke mana-mana pusat tuisyen. Banyak inisiatif yang telah diambil untuk membantu ahli keluarga kita. Samalah juga seperti usrah, kita perlulah membantu ahli-ahli usrah kita untuk sama-sama kita meningkatkan lagi apa yang kurang dalam diri. Kita hendaklah mementingkan ahli-ahli usrah kita sepertimana kita mementingkan keluarga kita.



Jadi, adakah rukun usrah telah dilestarikan? Jika semua rukun usrah telah dilestarikan, kita telah membina satu usrah yang sempurna. Welcome to the way of dakwah! Kita pun sudah memasuki trek dakwah. Tetapi kita tidak boleh masuk usrah sahaja. Kita juga perlulah menambah perisakan usrah kita supaya menjadi usrah yang efektif dan mantap dengan mengubuh misi dan matlamat usrah. Berikut adalah contoh matlamat umum usrah…

1. Membentuk individu muslim yang sempurna yang boleh menyahut tuntutan dunia dan akhirat.
2. Mengukuhkan hubungan antara individu muslim.
3. Berkongsi sama dalam memacukan kekuatan yang ada dalam individu muslim ke arah kebaikan, menggunakannya untuk agama dan merealisasikan matlamatnya.
4. Menentang dan menyanggah anasir-anasir nagetif dalam diri individu muslim.
5. Merealisasikan makna ‘izzah’ dengan Islam, beriltizam dengan adab dan akhlak Islam dalam semua keadaan.
6. Mengenal pasti masalah dan halangan yang menghalang individu bekerja untuk Islam secara mendalam dan menggariskan langkah-langkah mengatasinya dengan jelas.

Kalau macam ini, baru dinamakan usrah yang mantap! Kalau ada apa-apa anasir-anasir negatif datang, kita sudah siap siaga untuk menghindarinya malah kita akan menghapuskannya.


Mungkin setengah pendapat, usrah hanya program sekolah yang tidak perlu dititik beratkan, tetapi dengan usrah inilah kita akan membina batu-bata islam yang kukuh. Dengan usrah juga kita boleh mengubah ketamadunan umat pada zaman akan datang. Disebalik aktiviti tarbiyah sejam dua, banyak kebaikan yang besar kita dapat pada masa akan datang. Ingat! Usrah mengajar kita dengan praktikal bukan teori sahaja.


Adakah checklist rukun dan matlamat usrah telah di ‘tick’? Jangan jadikan usrah ini satu bebanan buat kita. Jika kita penat melakukan sesuatu kebaikan percayalah kepenatan itu akan hilang tetapi kebaikannya akan berkekalan.

Moga-moga tadhiyyah yang dibuat, dapat keberkatan daripada Allah S.W.T.-Insyallah…

0 comments:

Post a Comment

Chat Box

SATU TAHUN BLOG!


Make your own Countdown Clocks