Pages

Sunday, March 13, 2011

Imam: Luruskan saf, rapatkan saf.



Acapkali kita dengar sebelum solat, imam berkata... "Luruskan Saf, Rapatkan Saf!"

Ramai manusia tidak tahu nak luruskan saf walaupun sudah mendengar ayat ini diucap beribu kali. Ana teringat waktu SMART SOLAT bersama pelajar tingkatan 1, ana dan Abdul Halim mengajar rapatkan saf.



(klik untuk lihat imej besar)

Bagaimana nak LURUSKAN SAF DAN RAPATKAN SAF?

Kaki tidak boleh dalam keadaan bentuk 'v' tetapi mesti lurus serta rapat dengan kaki jemaah sebelah. Itu lah maksud Luruskan saf, rapatkan saf, iaitu luruskan kaki dan rapatkan kaki dengan jemaah lain. Dalam hadis nabi...

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)

Lagi satu, tumit dibelakang mesti sama dengan garisan saf. Pada zaman dahulu, para sahabat meletakkan pedang dibelang tumit, terbelakang sikit, kaki berdarah.

(kaki rapat dengan kaki, bahu rapat dengan bahu)

Hikmahnya?

Dalam badan manusia, terdapat cas positif dan negatif. Menurut kajian, penggunaan cas positif dan negatif dalam melakukan aktiviti seharian boleh menyebabkan kita letih. Semasa solat berjemaah, dan bahu bertemu bahu, pergeseran akan berlaku. Tubuh kita mengeluarkan cas-cas berlebihan dalam badan dan akan ditarik oleh cas yang berlawanan dan berlaku keseimbangan cas-cas positif dan negatif. Ha... Kan dah tidak mengantuk dan letih lagi.

Selain itu, meluruskan saf dan rapatkan saf merupakan simbol persaudaraan dan ukhuwwah sesama umat Islam. Kekuatan umat Islam dilihat dapat menggerunkan musuh. :)








Chat Box

SATU TAHUN BLOG!


Make your own Countdown Clocks