Pages

Tuesday, June 15, 2010

Manusia Perlu Balajar Dengan Semut


Semut adalah satu ciptaan yang sungguh menarik. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu ada hikmah disebalik kejadiannya. Sama juga seperti semut, ia dicipta untuk kita berfikir dan merenung kebesarannya. Dalam surah an-naml:17-18 yg bermaksud

“ Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “ Wahai semut-semut! masuklah ke dalam sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari ”.

Kisah-kisah dari Al-quran, semuanya boleh diambil pengajaran bukan? Jom sahabat! kita selusuri dunia sang semut yang bijak dan berkaliber.

Banyaknya pengajaran!

Jadi dalam surah itu telah menunjukkan bahawa seekor semut ternampak bala tentera Nabi Sulaiman. Akan menjadi bencana besarlah jikalau semut-semut itu tidak mencari tempat berlindung walhal bala tentera Nabi Sulaiman meluru kencang kearah mereka. Jadi semut itu pun menyeru kepada semut-semut yang lain untuk masuk kedalam sarang.

Memang ringkas ceritanya tapi banyak pengajaran yang boleh diperoeleh daripada cerita itu. Yang pertama, semut tu amat peka dengan persekitaraanya. Dia tidak hanya memikirkan kehidupannya sahaja. Bagaimana dengan kita, adakah kita peka dan mengambil tahu dengan persekitaran kita? Kawan kita yang jauh dimata? Masalah sosial di Malaysia? Tumpahan darah di Palestin? Lebih selesa dengan persepsi ‘Jangan jaga tepi kain orang’? Atau kita hanya nak tahu berapa orang comment di laman web facebook kita saja?

Semut itu tidak mementingkan diri sendir! Sebaik sahaja terbau ancaman bahaya, dia tidak menyelematkan dirinya sahaja, tapi dia mengajak rakan- rakannya untuk mencari tempat berlindung. Baik sungguh semur.

Seterusnya, setiap kali semut-semut ni berselisih, mesti bertegur sapa dulukan? Baru mereka pergi? Ukhuwwah semut tu.

Tapi kita sebagai manusia sering meregangkan dan memutuskan ukhuwwah. Macam-macam peringkat pulak tu! Dari sekolah rendah… “Saya tak nak kawan awak lagi lah.” “Awak ni kedekutlah, malas nak kawan awak!” Sampai ke sekolah menengah… “Pesal kau curi awek aku? Aku ingat kau kawan aku, tapi ternyata musuh dalam selimut!” dan macam-macam lagi… Dengan kebocoran yang kecil habis karam satu kapal!

Pernah Nampak semut ni sentiasa berada dalam barisan?

Peh! Disiplin tu. Manusia pun jarang nak mendisiplikan diri padahal semut ni antara binatang yang menjaga disipilinnya! Binatang sekecil tu pun dapat mengalahkan kedisiplinan manusia.

Ciptaan Allah ni Untuk Kita berfikir dan merenungkan kebesarannya..

Jadi daripada perihal semut yang kecil ni pun, kita dapat banyak pengajaran daripadanya. Asal, semut yang kecil dapat menunjukkan contoh yang baik walhal kita sebagai sebaik-baik kejadian tidak boleh menerapkan sifat-sifat tersebut? Jadi, janganlah kita marahkan semur kalau minuman kita jadi “Kolam Antaranbangsa” sang semut ni! Sekian. Tunduklah kepada illahi supaya kemanisan jihad itu dapat dirasai.

0 comments:

Post a Comment

Chat Box

SATU TAHUN BLOG!


Make your own Countdown Clocks