Pages

Thursday, December 24, 2009

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyurah

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Asyurah akan berlangsung pada tahun ini pada hari Ahad (27.12.2009). Hari Asyurah adalah hari ke-sepeluh muharram pada kalendar Islam. Padahal Asyura juga bererti kesepuluh. Hari ini juga terkenal kerana peristiwa-peristiwa silam yang berlaku pada tarikh tersebut dan antaranya ialah:


  1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
  2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
  6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
  8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
  9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
  10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
  13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
  14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
  15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
  16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
  17. Allah jadikan Arasy;
  18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
  19. Allah jadikan malaikat Jibril.

Haa.. Banyak tak??


Dalam berlakunya hari Asyurah ini, banyak juga sunat-sunat yang boleh dilakukan pada hari tersebut.



PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURAH SERTA FADHILATNYA


1. Melapangkan Masa / Belanja anak Isteri. ~ Fahilatnya: Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



2. Memuliakan fakir miskin. ~ Fadhilatnya: Allah akan melapangkan dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. ~ Fadhilatnya: Di akhirat kelak Allah akan memasukkan ke dalam golongan yang diredhai.

4. Menunjukkan orang sesat. ~ Allah akan memenuhkan cahaya iman didalam hatinya.

Keterangan: Menunujukkan orang sesat ini bermakna memimpin orang itu ke jalan yang benar. Memberi tahu apa orang apa yang tidak diketahui.

5. Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. ~ Fadhilatnya: Allah akan mengurniakan sepohon di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Keterangan: Contohnya kalau kita mengusap seorang kepala anak yatim, bersamaan 5000 helai rambut bermakna ada 5000 pohon yang akan tumbuh di syurga kelak. Dan jikalau kita pergi ke majlis anak yatim dimana majlis itu mengumpulkan 200 anak yatim bersamaan:

5000x200=1000000 pohon di syurga. Wow. Jadi taman botanical~lah syurga nanti.

6. Bersedakah. ~ Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil sehingga mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin didunia ini, dan bersedekah pada hari Asyurah, maka Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.

7. Memelihara kehormatan diri. ~ Fadhilatnya: Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahay keimanan.

8. Mandi Sunat. ~ Fadhilatnya: tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.

Lafas niat mandi sunat: sahaja aku mandi sunat hari Asyurah kerana Allah S.W.T..

9. Bercelak. ~ Fadhilatnya: Tidak akan sakit mata tahun itu.

10. Membaca surah Al-Ikhlas. ~ Fadhilatnya: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmat diakhirat kelak.

11. Membaca "HASBUNALLAH HU WA NIKMAL WAKIL, NIKMAL MAULA ANIKMAL NASIR" ~ Fadhilatnya: Tidak meninggal dunia pada tahun ini. Insyallah..

12. Menjamu orang berbuka Puasa. ~ Fadhilatnya: Diberi Pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa.

13. Berpuasa. ~ Fadhilatnya: Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Lafas Niat Puasa: Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyurah kerana Allah Ta'ala.

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata Rasullullah S.A.W. bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyurah (10 Muharram) maka Allah akan memberinya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyurah (10 Muharrram) maka akan diberi pahal 10,000 orang berhaji dan umrah, dan 10,000 orang mati syahid, dan siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T. akan menaikkan setiap rambut dengat satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Ayurah, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasullullah S.A.W. yang berbuka puas dan mengenyangkan perut mereka."

Itu Sahaja yang ana dapatkan kongsikan hari ini. Jazakumullah. Wslm.

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah








Assalamualaikum.

Pada artikel kali ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Tahun Hijrah. Pada tahun ini, mulakan azam baru, mulakan target baru dan mulakan langkah yang baru. Harap antum semua dapat memaafkan dosa2 sesiapa yang buat salah kat antum supaya dosa tahun ini tidak melarat sampai ke tahun hadapan. Pada malam akhir tahun dan awal tahun nanti, jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun. Ini sedikit tutorial bagaimana baca doa berikut.

Doa akhir tahun boleh dibaca selepas solat Asar pada hari terakhir dalam tahun hijrah.

Doanya



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa awal tahun boleh dibaca selepas solat maghrib.

Doanya



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut

So anyway, mantapkan iman dalam hati, tsabatkan diri, terapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri dan perjuangkan agama Islam yang Suci. Sekian Wassalam. Ma’as Salamah. V_V


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, December 7, 2009

Ilmu Itu Tidak Bermanfaat Kecuali Bila Sudah Diamalkan

Pada 2/12 yang lalu ana membelek-belek rak yang dipenuhi dengan buku dengat hasrat untuk mecari tajuk yang sesuai untuk artikel ana yang seterusnya dan terjumpa sebuah buku yang bertajuk Ayyuhal Walad (Wahai Anakku yang Tercinta) yang penuh dengan nasihat Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya. Aduhai! Sudah 2 tahun buku ini tersimpan di dalam rak. Tidak pernah terdetik didalam hati untuk mecarinya. Saya membelek kembali sebagai refresh ilmu yang sudah dipelajari 2 tahun yang lalu dan terjumpa satu nasihat yang membuatkan ana terus membacanya sehingga habis yang bertajuk ilmu tidak bermanfaat kecuali bila sudah diamalkan.

Amal tanpa ilmu adalah sia-sia dan ilmu tanpa amal adalah gila.

Imam Al-Ghazali berkata kepada anak muridnya:

Wahai anakku yang tercinta,
Janganlah engkau jadi orang muflis pada amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawasanya semata-mata ilmu itu belum dapat menjamin keselamatan di akhirat kelak.

Perumpamaan bagi ilmu tetapi tidak diamalkan:

Kalau seorang ada memiliki sepuluh pedang yang sangat tajam dan juga bermacam-maccam senjata yang lain lagi dan dia pula adalah seorang yang berani dan sangat cekap dalam peperangan, lalu datang seekor singa yang garang terus menyerangnya. Maka pada pendapat antum, apakah semata-mata memiliki segala senjata tadi tanpa menggunakannya sudah cukup untuk menangkis serangan singa tadi? Sudah tentu tidak. Segala senjata itu baru bermanfaat apabila ianya digunakan oleh tuan empunya senjata itu.



Maka begitulah keadaan seseorang yang telah mengetahui ratusan ribu masalah ilmu tetapi ia tidak beramal dengannya, maka segala ilmunya tidak akan bermanfaat kecuali setelah diamalkan.

Sama pula keadaanya jikalau seseorang itu sakit. Ubat tidak akan bermanfaat jikalau kita tidak meminumnya.




Jadi walaupun antum semua belajar ilmu ratusan tahun lamanya, antum menghimpunkan seribu buah kitab ataupun post beribu-ribu artikel di blog antum maka antum semua masih belum layak mendapat rahmat Allah S.W.T kecuali dengan dapat mengamalkan ilmu tersebut.

Allah Ta’ala berfirman:



(Surah An-Najm:39)


Maksudnya:

Dan sesungguhnya manusia tidak akan mendapat sesuatu, kecuali apa yang diusahakannya.

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

"Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu, namun tidak mendapat manfaat daripada ilmunya itu".


Wasiat Ruginya Ilmu tanpa Amal

1. Ilmu mesti disertai dengan amal maka sesiapa yang beramal tahulah dia tentang manfaat ilmu.

2. Ilmu berpanjangan dengan sebab beramal dan jika tidak beramal dengan ilmu maka ia akan bersedih.

3.Ilmu yang tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.



4. Setiap bekas menjadi sempit dengan sebab isiannya melainkan ilmu maka bekas ilmu menjadi semakin luas walau pun diisi seberapa banyak sekalipun.

5. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama jarum yang menjahit pakaian untuk menutup aurat orang lain sedangkan dia sendiri tinggal telanjang.

6. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain.

7. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama batu asah yang menajamkan pisau sedangkan dia sendiri tidak mampu memotong.

8. Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya umpama sebiji batu besar yang jatuh menutupi mulut sungai di mana ia sendiri tidak meminum air sungai itu sebaliknya hanya menahan air sungai sungai itu daripada mengalir sehingga dapat diminum dan diambil manfaat oleh orang lain bukan untuk manfaat dirinya sendiri.

Sekian. Wassalam

Chat Box

SATU TAHUN BLOG!


Make your own Countdown Clocks

Halwa Telinga