Pages

Monday, November 30, 2009

Berkasih Sayang Kerana Allah




Assalamualaikum. Sekali lagi, ana bersyukur ke hadrat Illahi kerana hari ini kita dapat bersua kembali dan dengan inilah kita dapat menjalinkan & mengukuhkah ukhuwwah anatara ana, antum & Allah. Bukan itu sahaja, antum juga telah berusaha untuk ke blog ini untuk kita sama-sama memperbetul & memperbaiki apa yang kurang dalam diri kita. Sebelum itu, saya menyeru supaya antum memperbetulkan niat antum sebelum membaca artikel ini kerana Allah S.W.T..

Rasullullah S.A.W. pernah bersabda:
"Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah,ada manusia yg bukan para nabi dan bukan pula para syuhada,tetapi para nabi dan syuhada cemburu kpd mereka di Hari Kiamat kerana kedudukan mereka di sisi Allah.


Para sahabat bertanya,
“Wahai Rasulallah,beritahulah kpd kami siapakah mereka itu?”

Rasulallah pun menjawab,
“Merekalah kumpulan manusia yg saling berkasih sayang kerana Allah bukan kerana hubungan keluarga dan bukan pula kerana harta yg saling mereka berikan.Demi Allah,sesungguhnya muka mereka bercahaya dan mereka berada di atas cahaya.Mereka tidak takut apabila manusia berasa takut dan mereka tidak berdukacita apabila manusia lain berdukacita.”


Maksudnya disini jikalau kita ingin berkasih sayang mestilah kerana Allah S.W.T (seperti Niat).

Ada 7 Golongan yang akan dilindungi oleh Allah S.W.T. pada Hari Kiamat kelak.. dan golongan yang kelima ialah

Kemudian yang kelima, orang yang saling mencintai karena Allah, bertemu karena Allah, berpisah karena Allah.

@ Bila ada kasih sayang kerana Allah S.W.T., Allah akan memupuk ukhwwah didalam hati.
@Berkasih sayang kerana Allah S.W.T. is dia lebih pentingkan sahabat daripada diri kita sendiri… Not Selfish…



Bila kita berkawan dengan seseorang mestilah Niat Kerana Allah S.W.T.

Sebenarnya, kawan kita di dalam kelas, di tempat kerja, di dalam kampung itu semua sebenarnya kita hanya berkawan atas dasar kita hanya mengenali mereka dan mereka classmate kita, orang yang bekerja dengan kita dan orang yang tinggal dalam kampung yang sama dengan kita… Tidak pernah terdetik pun di dalam hati kita bahawa kita menjalinkan ukhuwwah kerana Allah S.W.T… Cuba antum renungkan…

Ana nak tanya antum semua… Mengapa Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dan yg lain dipanggil sahabat nabi… Kenapa tidak teman nabi??? Ataupun Rakan nabi??? Mari sama-sama kita singkap dan ungkap apa yang tersirat & tersurat disebalik kalimah istimewa yakni sahabat…

Terdapat 5 rank di dalam perbuatan menjalinkan ukhuwwah, yakni:

1) Sahabat
2) Rakan
3) Teman
4) Kawan
5) Kenalan

Dalam kelima-lima rank ni, ada banyak perbezaannya.

Kenalan - Insan yang hanya mengenali kita.

Kawan - Seorang insan yang kita kenal dalam satu group. E.g. dalam team bola sepak, dalam team business yang sama.

Teman - Macam kekasih kita. Selalu berjumpa.

Rakan - Insan yang bersama-sama kita diwaktu suka sahaja. Apabila kita sakit, jatuh miskin, dan sebagainya, lesap entah kemana.

Sahabat - Insan yang selalu keep in touch dengan kita. Faham perasaan kita. Jarang sakitkan hati kita. Sahabat yang baik akan menegur apabila kita membuat kesilapan. Bersama dengan kita tidak kira suka ataupun duka.

So, dalam kelima-lima rank ni rank yang terunggul dan teratas ialah rank SAHABAT.
Dan Rank yang terbawah sekali ialah kenalan…

-Adakah anda sudah sampai di takat sahabat?

Sekarang kita sudah pun tahu kenapa Saidina Abu Bakar dan lain-lain dipanggil para Sahabat. Saidina Abu Bakar sanggup berkorban apa sahaja bahkan nyawanya sekali untuk Nabi Muhammad S.A.W.. Ini dapat dibuktikan dalam kisah Abu Bakar As-Siddiq dipatuk ular didalam Gua Hira’. Abu Bakar sanggup menahan kesakitan bias ular yang telah mematuknya supaya Nabi Muhammad S.A.W. tidak terbangun daripada tidurnya.



Jikalau kita berkasih sayang kerana Allah S.W.T., insyaallah, Allah akan mengukuhkan lagi ukhuwwah diantara kita.

Dalam menjalinkan ukhuwwah kerana Allah S.W.T., janganlah kita menerapkan sifat-sifat tersebut kerana sifat-sifat tersebut boleh merenggangkan dan menggoyahkan ukhuwwah …



Last But Not Least, berkasih sayanglah kerana Allah S.W.T.. Harap anda mendapat input-input yang positif daripada artikel saya ini. Jazakallah hu khairan kathiran kepada Abang Zikri dan Abang Aiman Hazim kerana memberi saya ilham-ilham untuk membuat artikel ini. Saya teringat pesan Abang Zikri, "Tali keluarga senang nak sambung susah nak putus, tali persahabatan senang nak putus susah nak sambung". Jadi, jagalah hubungan kita dengan manusia. Semoga berjumpa lagi. Wa illal liqa’.




Sunday, November 22, 2009

Ibadah Yang Baik Dimulai Dengan Niat Yang Baik


- Pembuka Bicara

Pada hari yang mulia ini, ana akan menceritakan satu topik yang asas dalam agama Islam. Tajuk artikel ana pada hari ini ialah Ibadah Yang Baik dimulai dengan Niat Yang Baik.. Sebenarnya pada hari ini ana ingin menekankan Frasa Niat Yang Baik...

Niat adalah suatu lafaz di dalam hati dan menjadi syarat sah sesuatu ibadah seperti solat, puasa dan mengerjakan haji. Ini bermaksud sesuatu ibadah tidak akan sah jika kita tidak niat sebelum melakukan sesuatu ibadah.

Jika menglafazkan dengan mulut, itu bukan namanya niat tetapi lafaz tapi kita melafazkannya di dalam hati maka baru namanya niat. Ini bermakna tempat niat adalah di hati bukan mulut, ‘fi qolbu wa la famu’. Dan waktu niat adalah sebelum melakukan ibadah bukan masa melakukan atau selepas melakukan ibadah.
Habis sudah muqaddimah kita fasal niat.

Sekarang, apa yang Di maksudkan dengan “Ibadah Yang Baik dimulai dengan Niat Yang Baik”? Niat terbahagi kepada dua yakni niat kerana Allah S.W.T. dan niat bukan kerana Allah S.W.T..

Jika setiap perbuatan dimulai dengan niat kerana Allah S.W.T., perbuatan kita akan menjadi ibadah. Sebagai contoh, kita sedang main bola... Sebelum bermain bola, kita niat kerana Allah S.W.T., maka perbuatan bermain bola tadi akan menjadi sesuatu ibadah yakni akan mendapat pahala dari Allah S.W.T. dan bukan satu perbuatan yang melaghakan...

TAPI jika sesuatu perbuatan dilakukan dimulai dengan niat bukan kerana Allah S.W.T., tetapi kerana ingin dapat pahala, ingin masuk syurga, ingin menunjuk-nunjuk & sbgnya, maka sia-sia lah perbuatannya dan akan menjadi satu perbuatan yang melaghakan...

Sebelum itu ingatlah....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah
s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Ana ingin menceritakan suatu kisah persis dengan tajuk kita pada hari ini...

Pada zaman dahulu, ada seorang khalifah (lupa namanya, kita anggap namanya Ahmad) yang tinggal di sebuah kampung dimana semua penduduk kampungnya tidak menyembah Allah tetapi mereka menyembah & memuja satu pokok yang besar yang tumbuh di dalam kampungnya. Hanya dia seorang insan yang dapat hidayah daripada Allah dan dia sahaja yang menyembahkan kepada-Nya.

Pada suatu hari, dia nekad untuk menebang pokok itu supaya orang-orang kampung tidak lagi menyembah pokok itu dengan niat kerana Allah S.W.T.. Selepas siap membawa peralatan-peralatan untuk menebang pokok itu, dia pun pergi ke pokok itu. Semasa dalam perjalan menuju ke pokok itu, ada seekor syaitan berubah menjadi manusia lalu berkata,

“Wahai Ahmad, janganlah kamu menebang pokok ini. Jika kamu turuti kata-kataku, maka perolehlah kamu wang emas setiap pagi yang akan aku hantarkan ke rumah kamu,” kata syaitan yang durjana itu.

Khalifah itu pun bersetuju dan tidak jadi hendak menebang pokok itu lalu pulang ke rumah. Pada keesokan paginya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati beberapa keping wang emas ada diatas mejanya. Dia berasa sungguh seronok dan tidak sabar untuk mendapat kepingan emas yang seterusnya pada keesokan harinya. Pada keesokan harinya, dia berasa terkejut apabila tiada 1 keping emas pun di atas mejanya. Dia sungguh marah, lalu membawa semua peralatan untuk menebang pokok untuk menebang pokok yang besar itu. Seperti kelmarin, dalam perjalanan syaitan menjelma menjadi manusia dan berkata,

“Jangan tebang pokok ni, wahai Ahmad,” kata syaitan kepada Khalifah itu.
“Ah, kau telah menipu aku. Jadi aku nak tebang pokok ni,” kata Khalifah itu dengan marahnya kepada syaitan

Syaitan menjawab,
“Adakah masih kau ingat, kelmarin, kamu ingin tebang pokok ini supaya penduduk kampung ini tidak menyembah pokok ini dengan niat kerana Allah S.W.T., tetapi hari ini kamu ingin menebang pokok ini bukan kerana Allah S.W.T. tetapi kau tidak mendapat kepingan emas daripadaku. Jadi perbuatan kamu menebang pokok ini sama sekali tidak diredhai Allah.”

Khalifah itu terdiam dan memikirkan bahawa kata-kata syaitan itu benar lalu pulanglah dia ke rumahnya.


So, konklusinya, tetapkanlah niat dalam hati kerana Allah S.W.T dan jangan ubah niat disebabkan benda yang remeh-temeh.

Ana ingin memberitahu bahawa kadangkala niat sahaja juga boleh mendapat pahala. Sebagai contoh, kita berniat ingin melakukan kebaikan kerana Allah S.W.T., tetapi dalam perjalanan ingin membuat kebaikan datangnya keuzuran seperti sakit & meninggal dunia, maka pahala akan diterima berdasarkan apa yang kita niatkan.

Tetapi ingat, niat kerana Allah Ta’ala tidak boleh di apply kan pada perbuatan-perbuatan yang buruk. Sebagai contoh ‘Sahaja aku mencuri duit ini kerana Allah Ta’ala’. Agak teruk bunyinya.

So, Kesimpulannya dari Artikel ini ialah,
*Setiap perbuatan perlulah dimulai dengan niat kerana Allah S.W.T
*Perbuatan yang dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. akan menjadi ibadah yakni akan peroleh pahala dari Allah S.W.T..
*Sesungguhnya perbuatan yang dilakukan kerana Allah S.W.T., perbuatannya akan diredhai Allah.

Last but not least, ana ingin menyeru supaya selepas anda membaca artikel ini, setiap perbuatan anda dimulai dengan niat kerana Allah Ta’ala. Sesungguhnya ada banyak hikmah jika kita berniat kerana Allah. Ingat ia sodiki wa sodikati, IBADAH YANG BAIK DIMULAI DENGAN NIAT YANG BAIK.

Sekian, Wassalam.


-Niat Mestilah Ikhlas

Friday, November 20, 2009

Cuti Sekolah Datang Lagi!!!

Alhamdullilah syukur ana ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya ana dapat membuat lagi satu artikel selepas sekian lamanya tidak menunjukkan bayang. Dengan ini dapat lagi kita kuatkan & teguhkan ukhuwwah dan muhibbah antara kita dan Allah S.W.T.. Pada hari ini ana ingin bercakap serba sedikit tentang cuti sekolah…

Dalam cuti sekolah ni, ana menyeru marilah kita sama-sama mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kalau Antum mengisi masa lapang dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah seperti berdakwah, pergi ke kem-kem motivasi, atau membuat perancangan-perancangan untuk tahun hadapan untuk meningkatkan iman & ukhuwwah dengan niat kerana Allah S.W.T. nescaya masa hadapan anda akan cerah seperti matahari yang menyinari bumi selepas hujan dengan dihiasi pelangi.. Tetapi jika Antum mengisi lapang dengan perkara yang x berfaedah seperti membuat larangan Allah, selalu menonton hiburan di tv , dan menggunakan internet twenty-four seven dengan mengabaikan perkara-perkara yang penting maka termasuklah anda dalam orang-orang yang kerugian. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Asr:



Jika kita sebagai anak-anak menonton hiburan-hiburan di televisyen, peratusan untuk kita meniru dan mengikut ikon-ikon selebriti dengan membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T seperti memakai pakaian menjolok mata adalah sungguh tinggi. Jadi kita sebagai anak-anak perlulah berusaha mencari perbuatan yang bermanfaat kepada diri kita mahupun keluarga, masyarakat dan negara. Bagi Ibu Bapa pula perlulah selalu mengawasi perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak. Didiklah anak-anak seperti mana Luqman menasihati anaknya:

“Hai Anakku, Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Surah Al-Luqman : 17)

Selain terpengaruh dengan hiburan dalam televisyen, kita bagi anak-anak akan mulai terpengaruh dengan sesetengah masyarakat di Malaysia seperti Kumpulan Shuffle & Skin Head jika kita tidak mengisi lapang dengan perkara yang berfaedah. Persis hadis Kanjeng Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Musa. Beliau bersabda, “Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat, adalah seperti seseorang yang membawa minyak misik (minyak wangi) dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Bergaul dengan pembawa minyak wangi, ada kemungkinan ia akan memberimu, atau kamu ingin mem¬belinya, atau sekurang-kurangnya engkau memperoleh keharuman aroma minyak wangi itu. Sedangkan bergaul dengan tukang besi, pakaian¬mu bisa terpercik apinya atau sekurang-kurangnya terkena abunya atau bau¬nya yang tak sedap.”

Kesimpulannya
# Kita sebagai insan, perlulah mengisi masa lapang dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah & bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat & negara.
#Ibu Bapa perlulah melipat gandakan pemerhatian kepada anak-anak..
#Tanggungjawab Ibu Bapa ialah perlulah mendidik anak-anak dengan perkara-perkara yang asas dalam Islam.
#Kemantapan Aqidah Perlu Dijuangkan

So, Itu sajalah artikel untuk masa ini. Moga-Moga Kita akan mendapat satu Impak untuk Memantapkan Iman & Aqidah dan Mengubah Diri Kita. Sama seperti Firman Allah:

“Allah Tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.”
Sekian Selamat Bercuti, Wassalam.




Chat Box

SATU TAHUN BLOG!


Make your own Countdown Clocks

Halwa Telinga